Selasa, 11 Oktober 2011

Guru: Terjamin atau tiada masa depan

Steve Jobs dan dilema inovasi Malaysia

Kembalikan kesopanan ke dunia siber

41 belia muflis setiap hari gagal urus kewangan

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Seramai 41 belia Malaysia berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun dianggarkan menjadi muflis setiap hari akibat kurangnya pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan.
Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj berkata, belia merupakan golongan utama menghadapi masalah kewangan dan menjadi muflis berbanding orang dewasa akibat daripada perbelanjaan yang tidak terkawal.

"Antara punca utama adalah kerana urusan sewa beli seperti kereta, rumah dan penggunaan kad kredit.
"Apabila lebih 30 peratus daripada gaji bulanan digunakan untuk membayar hutang, seseorang itu sudah dikira mempunyai masalah kewangan.

"Ini menunjukkan betapa kurangnya kesedaran golongan muda berkaitan pengurusan kewangan mereka dan jika perkara ini dibiarkan, ia akan menjadi lebih teruk," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran program RINGGIT Pertama Saya di sini, hari ini.

Program RINGGIT Pertama Saya adalah kerjasama antara Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna Malaysia (ERA Consumer) dan Citibank Bhd. dalam usaha memupuk kesedaran kanak-kanak berhubung pentingnya pengurusan kewangan.

Program ini melibatkan 400 kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun dari 20 buah tadika di seluruh negara.

Paul menambah, FOMCA menggesa kerajaan untuk memasukkan pendidikan pengurusan kewangan di dalam sistem persekolahan untuk memberi ilmu bersesuaian kepada kanak-kanak.

"Kita harus mendidik generasi akan datang mengenai pentingnya pengurusan kewangan dan usaha ini sebaiknya dimulakan dari peringkat sekolah lagi," ujarnya.

China lancar Weibo versi bahasa Inggeris

12/10/2011 3:11am

BEIJING 12 Okt. – Syarikat Internet gergasi China, Tencent, melancarkan laman web sosial Weibo dalam versi bahasa Inggeris, lapor agensi berita Xinhua, semalam.

Pengurus Besar Tencent, Xing Hongyu berkata, Weibo dalam versi bahasa Inggeris merupakan yang pertama di negara ini dan dijangka dapat bersaing dengan laman sesawang syarikat Internet dunia yang lain.

Weibo sebelum ini dilancarkan dalam bahasa tempatan sebagai laman sosial bagi menggantikan Facebook dan Twitter yang diharamkan di negara ini. – AFP

Unit cari jodoh dicadang guna Facebook

Salmah Mat Husain   

KOTA BHARU, 11 Okt: Kerajaan Negeri Kelantan mencadangkan unit cari jodoh atau `Mahligai Sakinah’ menggunakan laman sosial facebook sebagai cara baru untuk menggalakkan penyertaan kaum lelaki yang sebelum ini kurang mendapat sambutan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, kaedah mengisi borang cara konvensional kurang mendapat sambutan menyebabkan berlaku masaalah kekurangan calon lelaki.

“Mungkin kaedah lama itu membuatkan golongan lelaki begitu malas sebab kena pergi ambil borang, isi borang kemudian hantar.

“Akibatnya hanya calon wanita sahaja mengisi borang, sedangkan calon lelaki kurang mengambil perhatian,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian Majlis Graduasi Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) kali ke-6 di Balai Islam, di sini.

Katanya, memandangkan zaman kini segalanya telah berubah kepada internet, ada baiknya ‘mencari jodoh’ juga digunakan dengan kaedah berkenaan.

Namun, tambahnya pihak penganjur perlu memantau dan setiap para ahli yang telah bertemu pasangan mereka perlu dilaporkan pada pihak penganjur terlebih dahulu.
Maklumat calon dirahsia

Tegasnya, ia tidak bermakna penganjur akan mengambil mudah mengenai hak rahsia peribadi calon dan akan membuat tapisan ketat bagi memastikan hanya yang layak dan serius sahaja diberi perhatian.

Sambungnya, apa yang dilakukan itu bertujuan untuk mengelak sesuatu perkara yang tidak diingin berlaku memandangkan laman social ini mudah terdedah pada keburukan selain kebaikkan.

“Semoga usaha murni ini tidak disalah ertikan serta mendapat hasil yang baik,”ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, beberapa ahli telah bertemu jodoh masing-masing sejak ianya ditubuhkan 2007 lalu dan ianya akan diaktifkan semula untuk mencapai hasrat tersebut.

Mahligai Sakinah yang diwujudkan kerajaan negeri sejak 2007, mendapat sambutan menggalakkan daripada wanita bujang tetapi bilangan calon lelaki yang sedikit menyukarkan pihaknya membuat padanan

Tak perlu laporan polis bagi sijil, lesen, pasport hilang

Orang ramai tidak perlu lagi membuat laporan polis bagi sebarang penggantian berhubung kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu serta geran tanah.

Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 Sept lalu.

NONEKetua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata kerajaan membuat keputusan berhubung pemansuhan keperluan mengemukakan laporan polis itu pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bilangan 2, 2011 pada 6 April lalu kerana ia sebenarnya merupakan amalan pentadbiran yang tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang.

Beliau berkata pada 2010, sejumlah 2.8 juta laporan polis diterima, dengan 1.1 juta atau 40 peratus daripada jumlah itu termasuk dalam kategori 'Rujuk Lain-Lain Agensi'.

"Ini menunjukkan sebahagian besar laporan polis yang dibuat tidak memerlukan tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Perkara ini bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah tidak melambangkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan mesra pelanggan.

"Di pihak PDRM pula, amalan ini turut menyebabkan tambahan beban kerja dalam mengendalikan urusan pelaporan polis.

"Keperluan ini juga mengakibatkan peningkatan kos operasi PDRM di samping tidak memberi nilai tambah dalam penyampaian perkhidmatan PDRM," katanya.

Berikutan pemansuhan itu, Mohd Sidek meminta semua agensi kerajaan mengenal pasti urusan yang memerlukan orang awam mengemukakan laporan polis kepada agensi kerajaan terbabit mengikut keperluan yang diperuntukkan dalam undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, Pekeliling itu tidak menghalang orang awam daripada membuat laporan polis, dan agensi kerajaan juga tidak boleh menghalang orang awam membuat laporan kepada PDRM.

- Bernama

Khamis, 6 Oktober 2011

Permulaan Perjalanan Menuju Jalan Kedamaian

Salam sejahtera...

Diperkenalkan saya adalah mohd Saifullah Bin Saat